Total Pageviews

Sunday 24 October 2010

Sehari Bersama Imam Al-Ghazali



..............................................


Hari itu, aku berjumpa al-Ghazali. Janggutnya panjang, renungan matanya tajam, badannya kurus, pipinya cengkung, kelibatnya agung sekali. Orang yang khalis, matanya tajam penuh bercahaya dek menjaga daripada melihat perkara yang mungkar, alangkah, jauhnya jika dibandingkan dengan aku. Badannya yang kurus dan pipinya yang cengkung tanda seorang yang suka berpuasa dan mendambakan diri sepenuhnya kepada dunia keilmuan. Siapa tidak kenal beliau, tulisannya merata di dunia ini.

“Semua orang mengenali tuan. Tulisan tuan yang sudah lama,namun masih relevan danmasih ditatap sehingga sekarang. Kata-kata tuan sungguh berisi dan bermakna, apa rahsianya?” aku bertanya sekadar inginkan kepastian.

Beliau kulihat menundukkan kepala, beristighfar seketika, tanda merendah diri dan tawadahu’ seorang alim yang wara’. Alim itu tanda orang yang menguasai ilmu dalam kepala dan ingatannya. Faqih itu tanda orang hikmah yan memahami secara isi dalam, bukan sahaja kulit luar. Wara’ itu tanda orang yang menjauhi perkara syubhat apa lagi perkara haram. Zuhud itu tanda orang yang memalingkan keinginannya daripada keduniaan yang mencengkam. Tawadhu’ itu tanda orang yang sentiasa sedar dirinya hanya dari air mani yang hina, tidak lebih dari itu. Abid itu tanda orang yang selera dan ghairah beribadat serta sentiasa tenggelam dalam kerinduan bercinta dengan Tuhan Yang Maha Pengasih. Mukhlis itu tandaornag yang mengejar akhirat sehingga terlupa dunia. Semua itu ada pada a-Ghazali, yang membuatkan seluruh dunia jatuh segan dengan peribadi beliau.




“Aku mengenali Allah sebagai Tuhanku, lalu aku mengembara dalam mencari rahsia hidup yang sebenar, sehingga aku mengerti, bahawa dunia ini hanyalah fatamorgana,” balasnya sedikit sedangkan air matanya kelihatan mengalis membasahi pipinya.

Alangkah, apakah aku mengenali Allah? Persoalan itu kian membuatkan nafas aku termengah-mengah, aku terduduk. Apakah aku mengenali Allah sebagaimana al-Ghazali mengenali zat-Nya yang Maha Quddus? Apakah aku hanya mengenali Allah sebagai pemberi pahala dan dosa, bukannya Tuhan yang harus kucinta? Apakah aku hanya mengenali Allah sebagai Tuhan yang memiliki syurga dan neraka sedangkan aku terlupa Allah sebagai Tuhan yang harus kurindu sepanjang masa?

“Dan barangsiapa mengharapkan pertemuan yang baik dengan Tuhannya kelak, maka hendaklah ia beramal soleh dan jangan ia mensyirikkan-Nya dengan segala sesuatu” (Al-Kahfi)

“Apakah tanda orang yang tawadhu’ itu tuan?” aku bertanya lagi ingin mendapatkan kepastian.

“Wahai anak muda, tidakkah engkau memerhatikan kalam Ibn ‘Ataillah? Tanamlah kewujudan dirimu dalam bumi yang terpencil, maka sesungguhnya sesuatu yang tidak ditanam, maka tidak sempurna natijahnya”, al-Ghazali sekali membuatkan aku terkedu. Menanam kewujudan diri, agar tidak gila mencari kemasyhuran, tidak gila ingin mendapat harta dan pangkat, tidak gila namanya disebut-sebut. Ya,barangsiapa mengejar dunia, dunia akan mendatanginya sedangkan akhirat menjauhkan diri. Barangsiapa mengejar akhirat, maka akhirat dan dunia, kedua-duanya akan berlari mendapatkannya.

“Bagaimana pula dengan orang yang khauf?”. Al-Ghazali sekali lagi menundukkan kepala, lalu ia menangis teresak-esak. Tangisannya semakin lama semakin membingit, semakin banyak air mata yang tumpak dan bahunya terangkat-angkat menahan sebak. Aku panik dibuatnya, tetapi inilah realiti orang yang soleh, sentiasa takut dengan janji-janji azab dari Allah. Mereka mengerti Allah Maha Pengampun,tetapi mereka juga sangat memahami bahawa seksaan Tuhan amatlah perit tidak tertanggung.

“Anakku, Ibn Mas’ud menyebut, orang mukmin melihat dirinya yang berdosa seperti ia berada di bawah bukit, takut bukit itu akanmenimpa dirinya. Sedangkan orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang singgah di hidung”. Aku tergamam mendengarnya. Aku semakin takut, kerana aku sedar dosaku bertimbun banyaknya. Dosaku jika dibandingkan dengan al-Ghazali, ibarat lautan dengan setetes air. Neraka itu semakin menghampiriku, sedangkan bau syurga semakin menipis.




Al-Ghazali itu benar-benar orang yang berilmu dan bijaksana, alim serta soleh. Ia tidak perlu berbicara untuk mendidik orang,kerana cukuplah peribadinya mendidik dan mengasuh orang agar tunduk kepada ajaran agama. Nurul Ilmi,cahaya ilmu itu perlu kepada ‘Ainul Yaqin, iaitu keyakinan yang turut berpaksikan ‘Ainul Basirah. Apabila ‘Ainul Basirah diasah dari semasa ke semasa, takhalli daripada perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah, tahalli dengan amal mahmudah disusuli dengan tajalli, maka akan lahirlah Haqqul Yaqin ataupun ‘Ainul Haqqi.

Allah berkata kepada Daud, “Hai Daud, kenalilah Aku dan kenal pulalah dirimu”. Maka Daud bermunajat, kata baginda, “Wahai Tuhanku, aku kenal Engkau dengan sifat keesaan-Mu, kekuatan yang Maha Agung dan hidup yang kekal terus-menerus yang tidak ada batasnya, dan aku kenal diriku dengan kedhaifannya, kelemahannya dan tidak kekal”.

Seseorang bertanyakan Abu Bakar, “Dengan apa engkau mengenali Tuhanmu?”. Abu Bakar menjawab, “Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku, dan jika bukan kerana Tuha, nescaya aku tidak mengenali Tuhanku”.

Yang hanya meletakkan Allah di hati namanya fana’. Allah berfirman di dalam Surah Al-Rahman, “Segala sesuatu akan binasa. Dan kekallah Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan”. Rintih munajat turut mendendangkan, Hasbi Rabbi jallaLlah, ma fi qalbi ghairuLlah.

Yang membulatkan ingatan dan perasaan kepada Allah namanya Baqa’. Yang mabuk dalam cinta kepada Allah namanya Sakr. Apakah engkau tidak memerhatikan seseorang ang mabuk bercinta dengan kekasihnya, tidurnya tidak tenang, perilakunya gelisah, apabila mendengar sesuatu yang buruk menimpa kekasihnya, ia akan menjadi sangat resah?

Itu baru percintaan dengan makhluk,sedangkan al-Ghazali tenggelam dalam percintaan dengan Khaliq yang kaya dengan erti cinta. Ia sering dikejar rasa resah kerana teringatkan dosanya yang senipisdebu sedangkan kita tidak tergugah langsung dengan dosa kita yang membukit. Al-Ghazali sering diburu rasa rindu dengan syurga Allah sehingga membuatkkannya tidak tenang jika masanya tidak terisi dengan amal ibadat dan zikir yang berpanjangan.

Syair ada menyebut, dan aku dapat merasakan syair itu ada kaitan yang sangat erat dengan peribadi dan akhlak al-Ghazali,

“Aku tidak ingin pakai baju selain Engkau memakaikan kepadaku,
Aku tidak menerima dunia jika selain Engkau yang memberikannya”

Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Sumber dipetik daripada halaqah.net

SubhaNALLAH, begitu mendalamnya cinta Imam Al-Ghazali terhadap ALLAH Yang Maha Mencipta, Yang Maha Penyayang. Begitu halus peribadinya... Lalu cuba kita tanyakan pada diri sendiri, dimanakah letaknya cinta kita terhadap RABBUL 'IZZATI? 
Tepuk dada, tanyalah iman.

Thursday 21 October 2010

Hadhirkanlah Dirimu Dalam Solatmu


Assalamu'alaikum Wa Rahmah ALLAH,

Salam Jumaat buat semua, hari yang mulia, Penghulu segala hari.. Ingin saya kongsikan sedikit pandangan saya tentang Solat. Sedih sekali bilamana kita lihat ramai yang semakin kalut, gelut, berebut dalam urusan duniawi seharian sehingga tidak menjaga Solat kita. Saya bukan nak sentuh bab hukum meninggalkan solat, yang mana semua sudah pasti sedia maklum. Kak Lis ingin memberi pandangan tentang bab solat yang diterima oleh ALLAH. Kak Lis bukanlah arif sangat dalam hal ini, juga bukanlah Kak Lis ni orang yang sangat alim (masih banyak perluku pelajari), tetapi apa yang Kak Lis rasa, apa yang Kak Lis tahu, ingin Kak Lis kongsikan dengan semua dan minta komen/pandangan semua...

Kita semua tahu, untuk menghadhirkan diri dalam solat, kita wajib memahami ayatul Quran agar hadhir dalam ruh/jiwa kita penghayatan yang amat dalam..amat dekat dengan ALLAH. Bagi mereka yang memahami Bahasa Arab, sudah tentu hal ini tidak menjadi masalah bagi mereka.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak belajar atau tidak memahami Bahasa Arab dan mereka yang tidak mampu menghafal kesemua makna ayat-ayat suci Al-Quran? Bagi golongan ini, cubalah ingat sebahagian, barangkali makna bait-bait yang lazim kita baca dan faham. Setidak-tidaknya pun, kita bayangkn dosa-dosa kita terhadap ALLAH S.W.T., dosa kepada mak ayah, sahabat-sahabat kita dan sebagainya.

Hadhirkanlah diri dalam solat dengan membayangkan kita betul-betul berdiri di atas titian siratulmustaqim, di bawah kita api Neraka menyambar-nyambar menghampiri kaki kita untuk tarik ke dalam Neraka Jahannam, di hadapan kita semua jemaah yang diberi rahmat Syurga telah jauh meninggalkan kita, dan kita masih tertinggal di belakang terkapai-kapai meniti titian.

Dengan penuh rasa tawadhuk, bayangkan di hadapan kita ALLAH S.W.T. sedang mendengar setiap bait-bait bacaan solat kita, merayu....

Rayuan kita dalam bacaan Suratul Fatihah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahmanirrahim. Malikiyaumiddin. Iyyakana'kbudu wa iyyakanasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*). 

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Segala puji-pujian bagi ALLAH Tuhan seru sekelian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai Tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)"

...

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni 

"Wahai TUHANku ampunilah aku
kasihanilah aku juga rahmati aku
tampungkan kekuranganku
angkatkan darjatku
berikanlahku rezeki
berikan petunjuk padaku
berilahku kesihatan
maafkanku"




..dan banyak lagi bacaan dalam solat yang merupakan suatu bentuk rayuan, dengan pergerakan-pergerakan tertentu yang begitu sinkroni sekali..

Bayangkan di belakang kita Malaikat Maut menanti arahan ALLAH untuk menarik nyawa kita..

Ingatlah, hijab dibuka saat kita mengadap ALLAH semasa solat..
Bayangkan perasaan seorang ibu apabila anaknya datang mengadu masalah/sakit kepada sang ibu dengan penuh rasa hiba merayu meratap tangis..meminta bantuan dan pujukan si ibu..tentu ibu berasa sungguh syahdu dan dengan penuh kasih sayang mengusapi rambut sang anak dan diberinya nasihat berguna serta kata-kata semangat.

Apatah lagi ALLAH S.W.T.
Tuhan yang menciptakan kita? Kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNYA 70 kali ganda kasihnya ibu kepada sang anak. Maka, tentu ALLAH akan mendengar dan menerima rayuan kita, dan diberinya petunjuk jalan penyelesaian kepada masalah kita.

SubhaNALLAH...

Jadi apa pula perasaan sang ibu, jika ibu memanggil untuk bertanya ke mana sang anak menghilang/balik rumah lambat dan sebagainya, sang anak pula jawab sambil acuh tak acuh, mahu tak mahu, memandang muka ibu pun tidak sekali-kali? Tentu hiba rasa sang ibu. Tiba-tiba sang anak minta pula duit. Ibu tentu akan beri, tapi dalam hati sang ibu penuh dengan rasa sebak.

Bayangkan jika kita begitu acuh tak acuh dalam solat semasa MENGADAPNYA.
DIA tetap memberikan kita kehidupan, kenikmatan dan rezeki yang tak putus walaupun kita seringkali lalai dalam solat. Apakah 'perasaan' ALLAH?

Sebagaimana kita begitu gementar apabila mengadap Raja/Sultan, kita boleh pula mengadap dengan penuh rasa hormat, beradab sopan, lemah lembut pergerakan kita, memandang terus ke mata Raja/Sultan..

Maka, sahabat2 ku sekalian, kita WAJIB mengadap ALLAH dengan penuh rasa hormat, sopan santun, lemah lembut pergerakan kita (bukannya solat dengan tergesa-gesa seperti burung belatuk) penuh dengan rasa takut dan mengharapkan kasih sayang ALLAH... agar dibawaNYA kita meniti titian siratulmustaqim dengan aman...

WALLAHua'lam

Tuesday 19 October 2010

USEFUL INFORMATION ABOUT YOUR TOUCH AND GO CARDS

Only available at T & G  counters at toll plaza offices and such, not at tambah nilai lanes.
 Salam/Hi friends - for your info and to check your Touch N Go & Tagged Cards for the rebates accumulated in your cards.

Please read the info i received from my email: 

Recently I was talking to a friend, who travels alot during the course of the business. He told me out of curiousity, he heard about the rebates toll users are entitled to. So he asked the person at the toll office (where you can top up your Touch N Go (like those in Sg Besi, Ayer Keroh, Sg Buloh, Bkt Raja and the one entering Shah Alam) about the rebate when he went there for a top up. She told him that the rebates you have accumulated need to be credited to your Touch N Go "within" 6 months. Otherwise, the rebates will be extinguish (that is "kaput").if not credited to your Touch N Go within this period. To his surprise, he got a rebate of RM468.

My mate told me since I always travel down to Singapore regularly, I should go and check it out what rebates I have and do it fast. So, this morning, on my way to Melaka, I stopped at Ayer Keroh toll to check my rebates. To my surprise, I have got RM58 and this amount was transferred to top up my Touch N Go card. What a pleasant surprise. Imagine, if I had heard about it earlier, I could have checked it earlier last year when I had to drive down to Singapore once every fortnight.

So, for those of you who use the Tagged or Touch N Go card, go and check it out. Imagine the millions of $$$ Touch N Go operators have saved from giving out the rebates to deserving customers. Remember,you can only claim the rebates at the Toll area where you can top up your card. You cant get the rebates done when you top up your Touch N Go card in other places like ATM Machine, Bank, online, 7 Eleven etc... MUST BE AT TOLL Centre.

Touch N Go did announced it in the newspapers very briefly but little info or brochures were given out for obvious reasons. Wouldn't you do the same if you were the operator?

*p/s: to those who haven't redeemed your rebates, hurry up..while 'stocks' last ^_^

Monday 18 October 2010

Antara Displin Islam Dalam Pertunangan



Assalamu'alaikum Wa Rahmah ALLAH, Solatan Wa Salaman 'Ala RasuLILLAH. 

Ingin kak Lis kongsikan bersama sahabat sekalian pandangan Ustaz Zaharuddin berhubung adab/disiplin kita sebagai Ummat Islam dalam pertunangan. ALLAH S.W.T. telah menetapkan garis panduanNYA di dalam mukjizat Al-Quran yang dibawa oleh Baginda RasuLULLAH S.A.W. 

DIA Yang Maha Menciptakan, maka, DIA amat 'kenal' hamba-hambaNYA. Telah jelas hukum hakam yang ditetapkan ALLAH dan wajiblah kita ikuti dan amalkan..

Displin Dalam Bertunang
Soalan
Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini
Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :- 

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : " Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Wallahu'alam.
- Ust Zaharuddin Abd Rahman - 
Sumber dipetik daripada: www.zaharuddin.com



Kak Lis suka berikan analogi ini...

Andaikan seorang Raja mendirikan istana megah dan juga membangunkan sebuah kerajaan yang bertamadun untuk rakayat jelatanya, segala kemudahan diberikan kepada rakyatnya dengan penuh keperihatinan dan dengan rasa kasih & sayang. Raja, dalam mentadbir sebuah kerajaan, ada pantang larangnya, ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat. Peraturan dibentuk agar dapat memastikan rakyat berada dalam keadaan aman damai dan masyarakat sekeliling saling berkasih sayang dan hormat-menghormati sesama insan. Apa akanjadi sekiranya rakyat jelata melanggar peraturan Raja? Jika rakyatnya tersebut seringkali membuat onar dan mengganggu ketenteraman rakyat, serta banyak menipu dan merosakkan masyarakat, apakah sang Raja akan menunaikan hajat rakyatnya itu tadi sekiranya berada dalam kesusahan/masalah dan sebagainya? Apakah yang akan terjadi kepada masayarakat keseluruhannya apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi/diamalkan? Fikirkanlah....
Itu baru Raja, sahabatku sekalian, ALLAH Yang Maha Besar, hamba-hambaNYA, walaupun seringkali alpa dari mengingatiNYA, tetapi DIA Yang Maha Penyayang, tetap memberikan kita rahmat kasih sayangNYA...wajiblah kita mengikuti suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...ada hikamhNYA di sebalik setiap ketetapanNYA..

WALLAHua'lam
Kak Lis