Total Pageviews

Thursday, 21 April 2011

LAMB CHOP & 6 Side Dishes of Your Choice

LAMB CHOP (Hidangan: 4 orang)

Bahan A: Penyediaan Lamb Chop
4 keping daging kambing
(dapatkan di bahagian frozen meat di hypermarket, biasanya 6 keping bahagian ‘arm/blade/leg’ dalam RM11-RM13)
6-8 sudu besar kicap manis
2 sudu besar serbuk ada hitam kasar (boleh juga guna biji lada hitam yang ditumbuk kasar)
Garam secukup rasa
6 sudu besar mentega (untuk masak)

CARA2 A:
  1. Perap kepingan daging bersaam garam, kicap dan lada hitam. Perap semalaman lagi sedap.
  2. Cairkan mentega di atas pan (kuali leper tu) dan letakkan kepingan daging yang telah diperap tadi. Masak selama 10-15 minit (atau sehingga garing – bergantung kepada ketebalan daging dan kalih kepingan dan tunggu 10-15 minit sebelum diangkat

***Jika nak rasa masam2 manis pada daging, boleh digantikan lada hitam & kicap dengan jem oren/jus perahan buah oren (buah delima atau mangga pun sesuai)
……………………………………………………………………………………………………………

Bahan B: Sos Lada Hitam
50g mentega (1/5 buku mentega – 250g)
6 biji bwg putih dicincang halus
6 sudu besar kicap manis
½  cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam halus
1 cawan susu kotak (boleh juga guna 1 cawan krim)
1 cawan air
Garam secukup rasa

CARA2 B:
  1. Cairkan mentega di atas kuali pemanggang daging tadi dan masukkan bwg putih. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Masukkan tepung dan goreng dgn api perlahan. Kacau cepat2 dan terus masukkan air, susu/krim, serbuk lada hitam kasar, serbuk lada hitam halus dan kicap. Tambah lagi kicap dan serbuk2 lada hitam kalai nak kuah lebih hitam dan pedas.
  3. Untuk sos yang lebih pekat, tambahkan tapung gandum yang telah dibancuh dgn air.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.



ATAU Bahan B: Sos Cendawan

Resipi dan cara sama seperti di atas. Tanpa serbuk2 lada hitam. Kicap - terpulang. Tambah gula perang dan cendawan Shitake atau cendawan butang (segar/dalam tin terpulang ikut kesukaan) dihiris halus
……………………………………………………………………………………………………………

HIDANGAN SAMPINGAN BERSAMA LAMB CHOP – SIDE DISH
(sesuai jg dihidangkan bersama chicken chop, fish & chips, roasted chicken dan sebagainya)


SIDE DISH 1: Kentang Lenyek

Kentang Lenyek
5 biji ubi kentang bersaiz besar
½ cwn susu kotak/krim
Garam secukup rasa

CARA2 SD1:
  1. Rebus ubi kentang sehingga empuk.
  2. Toskan dan terus lenyek sehingga halus.
  3. Tambah susu/krim dan garam secukup rasa.

SOS/GRAVY
Boleh guna sos lada hitam/sos cendawan di atas. J

…………………………………………………………………………………………………………….

SIDE DISH 2: Coleslaw
½ biji kobis dihiris halus
2 batang lobak merah juga dipotong pnjang 2 inci dan dihiris halus
½ cwn mayonis
3 sudu besar susu pekat manis
Garam secukup rasa
(boleh tambah nenas/epal hijau dipotong kecil jika suka)

CARA2 SD2:
  1. Gaul kobis dan lobak merah di dalam mangkuk.
  2. Masukkan mayonis, susu pekat manis dan garam secukup rasa


……………………………………………………………………………………………………………

SIDE DISH 3: Salad

SALAD
1 rumpun daun salad/lettuce
3 biji tomato
1 biji lada benggala hijau dibuang biji dan dimayang
1 biji lada benggala kuning dibuang biji dan dimayang
 (boleh tambah nenas/epal hijau dipotong kecil jika suka)


CARA2 SD3:
  1. Gaul kobis dan lobak merah di dalam mangkuk.
  2. Masukkan mayonis, susu pekat manis dan garam secukup rasa

SOS SALAD
4 sudu besar minyak zaitun
½ biji lemon/limau nipis/oren
Daun sup dicincang halus
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Garam secukup rasa
(nak cepat: ganti bahan2 ni dgn sos ‘thousand island’ dalam botol…hehehe)

CARA2 SOS SD3:
  1. Campur kesemua bahan dalam mangkuk kecil.
  2. Tuangkan ke atas salad tadi dan gaul rata.

……………………………………………………………………………………………………………

SIDE DISH 4: BUTTERED POTATOeS (Kentang rebus & sos mentega)

Kentang
5 biji ubi kentang bersaiz besar dipotong 4 atau 8 (terpulang)

SOS
Sama seperti sos SD3 ditambah 4 sudu besar mentega mnggantikan minyak zaitun .
Jika suka minyak zaitun sahaja, x perlu tambah mentega J

CARA2 SD4:
  1. Rebus ubi kentang sehingga empuk.
  2. Tuang sos dan sedia untuk dihidang. Kalau suka boleh bakar selepas dituang sos dalam ketuhar pd suhu 190°C selama 10 minit atau sehingga bertukar warna keemasan.


……………………………………………………………………………………………………………

SIDE DISH 5: Grilled mixed vegetables
1 biji lada benggala hijau dibuang biji dan dipotong 6
1 biji lada benggala merah dibuang biji dan dipotong 6
1 biji lada benggala kuning dibuang biji dan dipotong 6
3 biji tomato dipotong 4
2 batang lobak merah juga dipotong pnjang 2 inci dan dibelah tengah
6 sudu besar mentega dicarikan/minyak zaitun/minyak masak
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Garam secukup rasa
(boleh juga tambah hirisan nenas/epal hijau dipotong 6 jika suka)
***boleh juga jika hanya nak letak 2-3 jenis sayur - terpulang

CARA2 SD5:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C
  2. Masukkan sayur-sayuran ke dalam dulang pembakar.
  3. Tuangkan mentega cair/minyak zaitun/minyak masak ke atasnya. Tambah jika suka.
  4. Taburkan garam dan lada hitam. Gaul sebati
  5. Masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit atau sehingga ‘golden brown’


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

SIDE DISH 6: BUTTERED mixed vegetables
2 batang lobak merah juga dipotong pnjang 2 inci dan dibelah 4
1 bunga brokoli dipotong
4 batang putik jagung dibelah dua
6 sudu besar mentega dicarikan/minyak zaitun/minyak masak
1 sudu besar gula (untuk mengekalkan kesegaran warna sayur)
Daun parsli dicincang halus
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Garam secukup rasa
(boleh juga tambah hirisan nenas/epal hijau dipotong 8 jika suka – ikut kreativiti masing2)
***boleh juga jika nak letak 2-3 jenis sayur je – terpulang pd kesukaan msg2

CARA2 SD6:
  1. Didihkan air di dalam periuk. Tambah gula dan sedikit garam pada air rebusan.
  2. Rebus dan tos sayur-sayuran.
  3. Tuangkan mentega cair/minyak zaitun/minyak masak ke atasnya. Tambah  jika suka.
  4. Taburkan daun parsli, garam dan lada hitam. Gaul sebati.

.............................................................................................................................................

Sesuai buat hidangan ni untuk hari lahir ke (hubby, mak, ayah, anak2) anniversary ke, anak2 dpt cemerlang ke, dapat durian runtuh ke.. best buat makan2 macam ni sekali sekala. Kalau utk 8 orang, gandakan dua bahan2 di atas.

SELAMAT MENCUBA!!!

*** nanti sy akan buat dan upload gmbr2nya..sebelum ni buat tak terpikir pulak nak tangkap2 gambar nih. hehehe.. nak tgk segera, bukak astro channel 703 (AFC), hehehe (^_^)

1 comment: